Kisah Nabi Yusuf As Dan Zulaiha

Sekilas Kisah Nabi Yusuf As Dan Zulaiha
Sekilas Kisah Nabi Yusuf As Dan Zulaiha/pinterest.net
0 Komentar

Mendengar nama Yusuf disebut lagi, lenyaplah segala dugaan.Tetapi, benarkah raja hanya berkehendak untukberbicaradengannya tentang Yusuf?Dengan penuh pertanyaan di benaknya, pergilah isteri al-Azizmenuju istana raja.

Di sana didapatinya wanita-wanitayang telahmemotong tangannya beberapa waktu yang lalu, semuanya menghadapRaja Mesir. Sementara itu, sang rajamemandangi wajah parawanita itu satu persatu, kemudian mengajukan pertanyaan singkatkepada wanita-wanita itu:
“Bagaimana keadaanmu ketika kamu menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadamu)?”
Mereka menjawab serentak: “Kami tiada mendapati suatu keburukan padanya (Yusuf)”.

Tiba-tiba, tanpa diminta oleh Raja, isteri al-Azizberbicara. Ia merasa telah tiba saatnya untuk berbicara terusterangperihal itu, agarhilang semua beban dosa kerana tindakan aniayanya terhadapYusuf.

Baca Juga:Doa Nabi Sulaiman Untuk Mendatangkan UangDoa Agar Di Permudah Rezeki Dan Usaha Lancar

Di hadapan Raja, wanita-wanita kota, dan seluruh yang hadir disitu, ia menerangkan:
“Sekarang jelas
lah kebenaran itu. Akulahyang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku),dansesungguhnya dia termasuk orang-
orang yang benar”.(Yusuf berkata), “Yang demikian itu agar dia (al- Aziz) mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak berkhianat kepadanya dibelakangnya, dan bahawasanya Allah tidakmerelai tipudayaorang-orang yang berkhianat.

Dan aku tidak membebaskan diriku (darikesalahan), keranasesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepadakejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat olehTuhanku.Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang”.

Terjadi perbezaan pendapat tentang kehidupan perempuan ituselanjutnya.

Sebahagian orang berpendapat bahawasejak itu isterial-Aziz hidup bersama kesedihan dan putus asa kerana ingatannyakepada Yusuf.

Sebahagian yang lainberpendapat bahawa isterial-Aziz itu akhirnya pindah ke suatu tempat yang jauh, dan tiadakhabar beritanya samasekali. Yang jelas, kehidupan wanita itumenjadi terganggu, kerana cinta kepada Yusuf.

Namun ada yang mengisahkansetelah peristiwa itu Zulaihabertaubat kepada Allah SWT. Ketika Yusuf diutus menjadi Rasul danmenjadi penguasamenggantikan Al-Aziz, Nabi Yusuf berjumpadengan Zulaiha yang ketika itu keadaannya sudah tua.

Akhirnya Allahmenjadikan Zulaiha muda remaja dan berkahwin dengan Nabi Yusuf.Maka jadilah Zulaiha sebagai seorang wanitayang solehah yangsentiasa beramal kepada Allah SWT.

Berikut Sekilas Kisah Nabi Yusuf As Dan Zulaiha.

0 Komentar