Ada bermacam-macam versi cerita tentang asal usul Keris Panjang Beruk Berayun ini. Ada yang mengatakan keris ini berasal dari nama seorang kerabat Diraja Selangor yang bernama “Ja Berayun” yang merupakan panglima kiri Sultan Abdul Samad.
Asal nama Ja Berayun adalah Raja Berayun dengan menyingkirkan nama “Raja”. Dikatakan pada zaman dahulu beliau
menjaga seluruh kawasan Jugra bermula dari Pengkalan Batu Hampar.
Beliau dikatakan tidak bergerak di tanah tetapi bergayut dari dahan ke dahan seperti monyet. Dikatakan kini makamnya terletak di Jugra di kawasan hutan berdekatan makam Sultan Abdul Samad.
Baca Juga:5 Outfit Yang Sangat Cocok Dengan Warna Fuschia, Agar Kamu Bisa Tampil Modis10 Kalimat untuk Poster Menjaga Lingkungan Sehat
Dikisahkan pula bahwa keris ini aslinya milik seorang panglima asli Mandailing yang bernama Raja Borayun. Ia disebut-sebut sebagai salah satu Imam Perang Mandailing bersama Raja Asal dan Raja Bilah yang ikut berperang bersama Sultan Abdul Samad dan Pangeran Raja Kedah, Tengku Kudin dalam Perang Kelang.
Meski memiliki sifat bermusuhan dan suka berperang, Raja Borayun juga dimakamkan di Bukit Melawati atas dasar persahabatan dan persaudaraan. Belakangan, konon makam Raja Borayun dipindahkan ke kaki Bukit Jugra, Banting agar dekat dengan makam mendiang Raja Abdul Samad.
Satu cerita lagi ialah dikatakan keris ini asalnya milik Tok Buruk Berayun yang berasal dari Kuala Selangor. Tok Buruk Berayun adalah moyang kepada Tok Bangau Sumbing (1860) bin Orang Kaya Dewa Pahlawan Bangau Tok Sekam bin Tok Sahi Bai bin Bai Sahur bin Tok Buruk Berayun.
Orang Kaya Dewa Pahlawan Tok Sekam (Kuala Semantan) ini adalah Panglima Sultan Selangor semasa perang melawan Belanda di Kuala Selangor. Selepas tamat perang,beliau mengikut pulang angkatan Bendahara Wan Abdul Majid Pahang yang membantu Selangor ketika itu dan terus menetap di Pahang dan diberi jawatan pembesar daerah. Moyang beliaulah Tok Buruk Berayun yang dikatakan pemilik asal keris tersebut.
Dalam kepelbagaian versi cerita yang berlegar-legar dalam kalangan rakyat negeri Selangor, pihak Wangsa Mahkota Selangor, mengeluarkan kisah rasmi asal usul Keris Panjang Beruk Berayun ini. Mudah-mudahan inilah versi yang paling tepat.